Friday, June 6, 2014

Bermulanya tahun 2011..aku dengan family aku telah berpindah dari melaka ke kuala lumpur.Pada tahun itu aku berumur 13 tahun dan aku telah berpindah dari sekolah rendah pengkalan balak,melaka ke sekolah menengah taman setiawangsa,kuala lumpur.Kehidupan aku di sana sangat berbeza antara melaka dan kuala lumpur.Rakan yang aku kenali sangat berbeza antara 2 negeri ini.Pada mulanya aku rasa sedih sedikit tapi tidaklah terlalu ketara sedihnya apabila hendak berpindah ke kuala lumpur kerana aku bukannya ada kawan yang sekepala dengan aku.Aku dahulu mengikut  apa sahaja trend orang ramai.Aku ini bagaikan lurus bendul dan mengikuti apa yang orang suruh.Suasana di melaka sangat berbeza dengan kuala lumpur.Antaranya ialah rakanku yang sering ingin 'bercouple-couple'.Kalau seseorang itu tidak couple orang itu adalah orang yang ketinggalan zaman.Berbeza dengan kuala lumpur.Rakanku seorang yang ingin belajar dah ingin belajar.Dahulu aku seorang yang kelas sederhana tetapi apabila aku telah berpindah aku telah meningkat dan terus ke kelas yang paling pertama.Oleh itu,aku dapat rasakan bahawa aku suka akan kuala lumpur kerana suasana yang ingin kuat belajar membuatkan aku tertarik ingin belajar dan terus gigih belajar.Aku ada perhatikan rakanku di melaka,mereka sangat tidak risaukan akan pelajaran mereka.Saat itu,aku berasa bersyukur kerana dapat berpindah ke kuala lumpur dan dapat perhatikan rakanku yang ingin berjaya.Oleh itu bermula lah antara tahun 2011 hingga tahun 2013 :) tahun ini lah yang paling aku sukai.


Inilah kawasan rumahku yang berada di Kuala Lumpur.

((E-8-4 PERUMAHAN ATM,DESA PASIFIK,JALAN AMPANG KIRI,WILAYAH PERSEKUTUAN,KUALA LUMPUR))


No comments:

Post a Comment