Saturday, June 7, 2014

Tahun 2011

Hidup aku bermula di kuala lumpur yang aku tak perasan langsung bahawa hidup aku bahagia di sana.Buat pertama kali aku menjejakkan kakiku ke rumah ku iaitu E-8-4 Perumahan Atm Desa Pasifik,Jalan Ampang Kiri,Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur.Aku telah mendapat rumah yang mempunyai ruang tamu yang agak luas walaupun biliknya sederhana luasnya dan dapur serta stor yang kecil tapi aku tidak kisah kerana ianya cukup sempurna bagi aku walaupun biasa-biasa saja pada masa itu.Tarikh yang aku tak pasti sama ada 29/31/30 december aku telah berangkat dengan barang2 rumahku di melaka ke kuala lumpur dengan satu buah trak tentera.Aku pada masa itu menaiki kereta naza ria bersama ibuku dan adik beradik aku.Ayah aku pula telah menaiki kereta kancil dan dipenuhi barang2 kecil untuk menjimatkan ruang di trak yang kami sewa hanya satu.Kereta naza yang kami naik juga dipenuhi dengan barang2 kecil.Setiba aku sampai di kuala lumpur aku melihat bagunan tabung haji yang berbentuk tabung.Saat itu aku sangat teruja kerana aku jarang melawat ke negeri itu.Setelah puas mencari dimana kedudukan sebenar rumah kami akhirnya jumpa juga.Aku menjejakkan kaki ke dalam rumahku yang berlantaikan mozek bewarna putih dan  apabila memijaknya pasti ada kesan hitam yang melekat pada tapak kaki.Ternyata rumah itu belum dibersihkan lagi.Secara tiba-tiba aku cepat memilih kedudukan bilikku dan adikku iaitu berdekatan dengan bilik kedua orang tuaku.Kedua kakakku telah memilih bilik yang berada berhampiran dapur dan bilik air.Ada bilik satu lagi iaitu berkatil single itu bilik arwah nenek belah ibuku sebelum arwah meniggal dunia.Aku dan kedua akakku berkatilkan queen.Bilik air aku bercantum dengan bilik air arwah nenek aku.Jadi kami berkongsi bilik air.Selepas itu,aku serta keluarga aku terus mengangkat barang yang berada di pengangkutan masing ke rumah yang baru sehinggalah malam .Setelah selesai,kami sekerluarga bercadang hendak membersihkan rumah ini bersama-sama tetapi pada masa itu kami tidak membawa peralatan pembersihan dari rumah lamaku.Jadi ibuku bercadang hendak membeli barang semua itu ke tesco kerana aku yang memberitahu bahawa rumah kita ini berhampiran dengan tesco.Hal ini demikian kerana,aku dapat melihat papan tanda tesco yang besar teletak di belah hujung kiri.Ini juga kerana bagunan rumah kami yang betingkat lapan memudahkan lagi untuk mengetahui sesuatu tempat.Di bilik aku,kedua akak aku dapat melihat bagunam tesco,bagunan Berjaya Times Square,separuh bagunan ampang plaza city dan lain lagi.Setelah sampai di tesco yang buat pertama kalinya aku berasa sedikit lain kerana biasanya aku pegi ke tesco melaka.Hal ini mungkin kerana bentuk bagunan yang dibina agak berlainan.Jadi setelah sampai kami membeli barang,alatan serta tv berjenama philip yang mempunyai 42 inci.Aku sangat terkejut pada masa itu kerana abahku membawa tv itu dengan selamba dengan menolak troli itu yang kecil itu.Setelah sampai di rumah,aku dan keluarga aku terus membasuh,membersih rumah itu dengan segera kerana hari sudah lewat malam dan langsir di rumah itu tiada taku2 oang yang berada di blok sebelah dapat memerhati gelagat kami sekerluarga.Abahku mengarahkan kami seberadik akan tidur di ruang tamu dengan bertilam tilam yang berada di katil masing-masing.Abahku menutup semua lampu taku jiran di blok sebelah dapat melihat kami.Setelah beberapa hari tahun 2011 telah tiba ibubapaku telah berusaha mencari sekolah yang bakal kami seberadik sekolahi.Pada mulanya di sekolah wangsa maju seksyen lima ianya kerana berdekatan dengan tempat keja ibuku.secara tiba-tiba abahku tidak suka akan sekolah itu kerananya tidak mempunyai aliran agama.Ibuku bercadang di sekolah Dato Husien Onn atau lebih dikenali sebagai DTHO teapi abahku berkata sekolah itu mempunyai samseng dan ada pelajar yang mengalami histeria.Lama kelamaan aku menjadi buntu dan membuat tidak dan berserah pada ibubapaku.Setelah tiba hari persekolahan aku dan adik beradikku terus menyiapkan diri untuk ke sekolah.Pada mulanya,aku tidak tahu dimana sekolah yang akan aku bersekolah tap akak aku memberitahu bahawa kita akan bersekolah di taman setiawangsa.Akak akujugak tidak pasti kedudukan akan sekolah itu.Setelah sampai baru aku dapat tahu sekolah itu berhampiran dekan bukit dan highway yang bernama highway duke.Buat pertama kali aku menjejakkan kaki di sekolah itu dengan penuh perasaan yang gementar.Akhirnya aku dapat juga memasuki sekolah itu dengan menampakkan lukisan mesin menjahit pada  bilik kemahiran hidup yang berada di tingkat dua.Sebelum sampai,di dalam kereta kedua ibu bapaku telah memesan kepada adik beradikku bahawa jagalah diri baik2 di sekolah kerana kuala lumpur ini sangat bahaya dan dipenuhi dengan orang jahat.Setelah berdaftar aku mendapat tahu bahawa aku bersekolah pada sesi petang dan kedua akak aku yang bersekolah pada sesi pagi.Sesi pagi bemula pada 7;15 dan balik pada 1;15 pm.Berbeza dengan aku yang sesi petang iaitu pada jam 11;30 pagi hingga pada pukul 6:30 petang.Selepas berdaftar,aku terus pulang dan menuggu sehingga pukul 11:30.Pada masa yang sama,abahku telah mendaftarkan adikku yang berumur 12 tahun ke sekolah rendah setiawangsa dan mendaftarkan 4 beradik termasuk aku supaya mendapat pengangkutan tentera.Bas yang aku selalu ulang alik ke sekolah ialah dipanggil bas navy.Setelah habis pada persekolahan yang pertama,abahku menjemputku tetapi mengikuti bas navy itu kerana ingin mengajar aku serta adikku yang telah bersekolah pada sesi petang.Sebelum itu,abahku ada memberitahu bahawa kelas yang akan aku duduki ialah kelas agama iaitu kelas 1B.Semasa kami mengikuti bas navy itu,abahku memarahi adikku kerana leka akan bas navy itu yang menunggu budak sekolah di bahagian sudut.Setelah selesai mnengikuti aku dan adikku mengangguk kepala beerti tanda faham

No comments:

Post a Comment